Showing posts with label Mama. Show all posts
Showing posts with label Mama. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

MINGGU KE 21

Alhamdulillah mama sudah pun sampai ke minggu ke 21. Berat badan pun dah naik 1 kg walaupun selera makan masih kurang. Paling utama baby bergerak aktif sekali dan ujian darah yang dibuat seminggu sebelum tarih temujanji semuanya normal : MOGTT, RFT ( Renal Function Test) dan FBC (Full Blood Count). Paras hemoglobin rendah sikit dan Dr nasihatkan supaya lebihkan makan makanan yang mengandungi zat besi dan mengambil vitamin Iberet Folic. Apa-apapun harap mama sihat dan kuat untuk menghadapi Ramadhan nanti.

Tuesday, July 21, 2009

MINGGU KE-17

Hari pagi selasa merupakan hari temujanji mama di O & G, HUSM Kubang Kerian. Ini adalah lawatan mama kali yang ke 3 bermula dari bulan mei yang lepas. Alhamdulillah, mama masih mendapat khidmat dari doktor yang sama iaitu Prof. Nik Hazlina. Pada pertemuan kali ini, timbangan mama masih lagi statik...hai nak buat camne ni. Walaupun selera mama dah semakin baik dari sebelum ini (nak kata 'morning sickness' teruk tidaklah juga). Berdasarkan keputusan ujian darah yang diambil pada pertemuan pertama, semuanya ok. Prof Nik mengarahkan mama melakukan MOGTT sebelum temujanji yang berikutnya, itupun jika keadaan ok (tak rasa nak muntah) dan mengambil ujian darah yang lain sekali lagi terutamanya untuk uric acid. Sejarah menunjukkan paras acid uric mama tinggi semasa melahirkan Hilmiyyah dulu. Kali ini kandungan mama juga di'scan' untuk kali yang kedua. Pada pertama kali 'scan' dulu hanya nampak 'cyst' saja. Pada kali ini, jantung baby dah berdegup walaupun tiada 'quickening' lagi. Temujanji mama yang seterusnya pada ogos nanti.

Thursday, April 2, 2009

KALI PERTAMA BERSUA MATA


Mama dan Papa mengatur pertemuan untuk kali yang pertama di sebuah restoran di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Sebelum ini kami hanya berutus surat dan bertanya khabar melalui telefon sahaja. Mama ditemani oleh 2 orang 'bodyguard'.......Ayah Mat dan Ayah Ni manakala Papa bersama sepupu, Abg Lukman. Itulah detik 30 mac 1996 yang tak akan terpadam di hati. Namun nak dikatakan bertentang mata, kami langsung tidak; malu-malulah katakan! (sebenarnya takut pada 'bodyguard'). Gambar tu takde kaitan dengan cerita.

Tuesday, March 24, 2009

TAG BY NATRAH FATIN


Biarpun termasuk dalam kes pelik-soalan English, jawabnya kot bahasa. Takpelah ye....

1. Do you think you're hot?
Masa muda-muda dulu ramai gak peminat, hahaha.


2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do like that picture?
Gambar tu lah yang dalam dompet dibawa kemana saja...sebab sampai sekarang masih tak percaya boleh ada sepasang
cahaya mata setelah 6 tahun mengharungi pahit maung menanti.

4. When is your last time you ate pizza?
Kalau pizza hut tu tahun lepas.
Kalau pizza kedai roti turki tu 2 bulan lepas.

5. The last song you listened to..
Kiss-Prince

6. What are you doing right now beside this?
Sedang menunggu cleaner bersih rumah.

7. What name do you prefer besides yours?
Na-panggilan keluarga.
Mek- bapa mertua
Che su- anak sedara.
Siti-Teman2 sekolah dan waktu kerja.

8. People I tag?
1. Azyati Abdullah.
2. Wan Arnis Junita W Abdullah.
3. Imran
4. Wan Rauhan
5. Rosmaini Kassim
6. Raihan Hassan.


9. Who is no. 1?
Teacher masa tuition kat Pusat Bahasa Titian Jaya KB. Sekarang kerja di Public Mutual.

10.No.3 is having relationship with..
Saudara sesama Islam.Teman masa tuition di PBTJ KB. Sekarang sedang belajar di Egypt dalam bidang perubatan.

11. How about no. 4?
Kenal di alam maya....so nak detail lagilah, Rauhan ni rajin bagi komen dalam blog.

12.Who is no.2?
Sepupu yang sangat comel tinggal di Shah Alam.

13. Say something with no. 5.
Ros - keluarga pertama kami jumpa masa di Ghent. Syukur sangat2. Semoga jalinan persahabatan tak terputus.

14. No. 6?
Juga kenalan di alam maya. Sebenarnya Ann ni doktor tapi sekarang bercuti ikut husband sambung belajar di UK.