Tuesday, March 31, 2009

GUNTING RAMBUT




Sejak berada di Ghent, kami tak pernah masuk ke kedai gunting rambut sama ada untuk Hilman ataupun papanya. Berbeza sama sekali keadaanya sewaktu di Kelantan. Boleh dikatakan setiap bulan dua beranak itu akan ke kedai favourite mereka di Kota Bharu iaitu Kedai Gunting Rambut Bangkok. Gambar yang satu lagi tu menunjukkan rambut Hilman yang di tengah dah digunting oleh kakaknya.

Monday, March 30, 2009

HILMAN WITH HIS FRIENDS



Hilman bergambar dengan sebahagian dari rakan-rakan sekelasnya.

Saturday, March 28, 2009

ULTRAMAN



Hilman memang minat sangat dengan Ultraman. Di Ghent ni memang tak ada kedai jual barang permainan Ultraman- tak famous kot kat sini. Masa mula-mula datang, pening juga kepala....nak apa-apa mesti yang ada Ultraman - kasut, beg, manalah ada namun terjumpa juga dengan kasut buatan China: pakai sekejap dah rosak!. Baju ultraman yang dibawa dari kampung itulah yang dipakai setiap hari, nasib baik ada 5 helai.

POM-POM 2


Hari khamis lepas, kakak berpeluang membawa balik sekali lagi Pom-Pom. Macam biasalah dengan satu beg penuh pakaian dan stokin serta lengkap dengan 'cap'. Sekejap2 tukar baju...lepas tu tukar lagi.

Tuesday, March 24, 2009

TAG BY NATRAH FATIN


Biarpun termasuk dalam kes pelik-soalan English, jawabnya kot bahasa. Takpelah ye....

1. Do you think you're hot?
Masa muda-muda dulu ramai gak peminat, hahaha.


2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do like that picture?
Gambar tu lah yang dalam dompet dibawa kemana saja...sebab sampai sekarang masih tak percaya boleh ada sepasang
cahaya mata setelah 6 tahun mengharungi pahit maung menanti.

4. When is your last time you ate pizza?
Kalau pizza hut tu tahun lepas.
Kalau pizza kedai roti turki tu 2 bulan lepas.

5. The last song you listened to..
Kiss-Prince

6. What are you doing right now beside this?
Sedang menunggu cleaner bersih rumah.

7. What name do you prefer besides yours?
Na-panggilan keluarga.
Mek- bapa mertua
Che su- anak sedara.
Siti-Teman2 sekolah dan waktu kerja.

8. People I tag?
1. Azyati Abdullah.
2. Wan Arnis Junita W Abdullah.
3. Imran
4. Wan Rauhan
5. Rosmaini Kassim
6. Raihan Hassan.


9. Who is no. 1?
Teacher masa tuition kat Pusat Bahasa Titian Jaya KB. Sekarang kerja di Public Mutual.

10.No.3 is having relationship with..
Saudara sesama Islam.Teman masa tuition di PBTJ KB. Sekarang sedang belajar di Egypt dalam bidang perubatan.

11. How about no. 4?
Kenal di alam maya....so nak detail lagilah, Rauhan ni rajin bagi komen dalam blog.

12.Who is no.2?
Sepupu yang sangat comel tinggal di Shah Alam.

13. Say something with no. 5.
Ros - keluarga pertama kami jumpa masa di Ghent. Syukur sangat2. Semoga jalinan persahabatan tak terputus.

14. No. 6?
Juga kenalan di alam maya. Sebenarnya Ann ni doktor tapi sekarang bercuti ikut husband sambung belajar di UK.

Sunday, March 22, 2009

PETS SHOP




Sebenarnya tiap-tiap hari ahad di sebelah pagi di tapak Friday Market ada dijual pelbagai binatang peliharaan seperti ikan, burung, arnab dan kura-kura. Bukan main suka lagi kakak dan Hilman bila dapat tengok kura-kura, dapatlah menghilangkan kerinduan kura-kura peliharaan kami di kampung. Kami pergi bersama Puan Natrah yang comel tinggi lampai orangnya dan beliau telah membeli 2 ekor kura-kura dengan harga E 7.50 seekor.

Saturday, March 21, 2009

MASUK OFFICE 2


Papa takde kat rumah, jom kita pakat-pakat masuk pejabat. Kakak dok sibuk dengan 'dressing games' manakala Hilman pulak untuk kali ke-6 menonton movie 'Congkak' yang dipinjam dari Natrah.

Friday, March 20, 2009

AKTIVITI HILMAN

Aktiviti Hilman di sekolah hari ini. Hilman juga mendapat mainan yang sama seperti kakak iaitu seorang satu dapat seekor tenggiling-pangolin.

POLITIE




Hari ini seorang polis wanita datang ke kelas kakak untuk memberi penerangan tentang keselamatan dan penggunaan jalan raya dengan betul. Setelah itu pihak polis telah memberi seorang satu jaket keselamatan. Kakak juga telah diberi satu mainan.

Wednesday, March 18, 2009

PLAYGROUND 18 MAC 2009

Setelah tamat sesi pagi (rabu sekolah separuh hari), kami telah menaiki bas no 38 menuju ke Neiw Wandeling (New Walk) untuk ke taman permainan. Taman ini terletak berhadapan dengan penjara Ghent. Sambil makan-makan bekal (bubur nasi) kakak dan Hilman bermain 'slide' dan 'swing bulat'.


Tuesday, March 17, 2009

KEK

Dari kecil lagi kakak memang suka dengan kek tapi bukan untuk dimakan tapi untuk dipotong-potong sampai hancur...Lihatlah gambar masa kami menetap di KL ni, kek sepotong tu jiran yang bagi apalagi kakak pun nak letak lilin, konon-kononnya hari jadi dialah.

MASUK OFFICE


Bila kakak tengok papanya 'on' laptop, dia mulalah start nak buat kerja gaklah. Ini hasil kerja kakak yang dia cakap "kakak nak masuk kerja ni mama". Entah apelah yang dia taip, kami pun tak tahu...

BLUE



Sejak akhir-akhir ini Hilman suka sangat warna biru, tapi dia sebut dalam flemish le - blau (tak tahu betul ke dak spelling ni). Tambah-tambah lagi kalau nampak kereta warna biru lagilah jadi 'blau auto' (kereta biru). Siap pesan suruh mama beli kereta warna biru balik Kelate nanti!.

EXERCISE



Bermula minggu ini, mereka dikehendaki melakukan senaman ringan sebelum memasuki kelas. Mungkin kerana cuaca sekarang yang sudah tidak sejuk sangat ( dah nak masuk musim Spring )

Thursday, March 12, 2009

2005 AND 2009

Sori...photo Hilman tu blurrrr - zaman takde kamera yang canggih manggih. Masa tu kami bermastautin kat KL ( Taman Melor, Ampang ). Rumah tu biasalah berselerak dan kotak-kotak itu diletakkan di situ sebagai pengganti pagar - kan ade yang p mengemas dapur pulak!

Wednesday, March 11, 2009

2005 And 2009

Ini satu lagi blurr punye photo... Masa kecik2 kakak suka sangat bergaya dan bergambar. Sekarang ikut mood sikit. Gambar terbaru tu kakak pakai tudung yang dikirim oleh Wo (nenek kat kampung - panggilan orang kampung dulu2 di Kelate). Uummmmmm ade beza tak? 

Monday, March 9, 2009

BIRTHDAY AGAIN! 6 MAC 2009

Kek ini dibeli di bakery shop dekat sekolah mereka - 12 euro ( jangan convert tau) nanti tak termakan.


CARNAVALFEEST 7 MAC 2009




CARNAVALFEEST atau CARNAVALBAL ini merupakan acara tahunan di sekolah. Kiranya semua cikgu dan anak murid berpestalah. Mereka memakai costume yang pelbagai rupa. Makanan pun banyak dan ada yang dibawa oleh ibubapa. Bermacam acara yang dijalankan seperti pertandingan pakaian siapa yang tercantik dan 'game'. Sempat juga kakak dan Hilman bergambar dengan cikgu kelas masing-masing - Ingrid dan Annie.