Tuesday, July 21, 2009

MINGGU KE-17

Hari pagi selasa merupakan hari temujanji mama di O & G, HUSM Kubang Kerian. Ini adalah lawatan mama kali yang ke 3 bermula dari bulan mei yang lepas. Alhamdulillah, mama masih mendapat khidmat dari doktor yang sama iaitu Prof. Nik Hazlina. Pada pertemuan kali ini, timbangan mama masih lagi statik...hai nak buat camne ni. Walaupun selera mama dah semakin baik dari sebelum ini (nak kata 'morning sickness' teruk tidaklah juga). Berdasarkan keputusan ujian darah yang diambil pada pertemuan pertama, semuanya ok. Prof Nik mengarahkan mama melakukan MOGTT sebelum temujanji yang berikutnya, itupun jika keadaan ok (tak rasa nak muntah) dan mengambil ujian darah yang lain sekali lagi terutamanya untuk uric acid. Sejarah menunjukkan paras acid uric mama tinggi semasa melahirkan Hilmiyyah dulu. Kali ini kandungan mama juga di'scan' untuk kali yang kedua. Pada pertama kali 'scan' dulu hanya nampak 'cyst' saja. Pada kali ini, jantung baby dah berdegup walaupun tiada 'quickening' lagi. Temujanji mama yang seterusnya pada ogos nanti.

No comments:

Post a Comment