Friday, August 28, 2009

KENANGAN RAMADHAN 1429H

Pada tahun lepas, kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Belgium, khususnya di Ghent. Dengan hanya berbekalkan senarai yang diberi oleh Dr Zamzuri (pakar bedah otak HUSM) yang pernah berkelana di Ghent pada 2007/2008 dapatlah kami mengetahui sedikit sebanyak tentang kedai2 daging halal, kedai runcit turki yang terdapat di sekitarnya. Tak pernah terlintas lansung pada fikiran kami untuk mencari rakyat2 malaysia yang mungkin ada menetap di Ghent atau Belgium. Ini kerana kami tiada pengalaman langsung tentang kehidupan di perantauan...kawan2 senegara yang akan menemani kita di saat susah senang di negara orang. Lebih kurang seminggu selepas kami tiba, Dr Pazudin (pakar sakit puan HUSM) pula tiba.....dapatlah kami melalui bulan puasa bersama2 dengan serba kekurangan. Pada minggu ke 3, ditakdirkan kami bertemu dengan rakyat malaysia, walaupun pada mulanya kami berasa curiga untuk menegurnya(takut org Indon/Brunei/Thailand/atau yang serumpun dgn malaysia -muka seakan2 sama) tapi kami gagahi jua dengan alasan tak salah rasanya menegur kalau2 dia org senegara alangkah beruntungnya kami. Mulanya kami hanya memerhati gelagat lelaki ini yang sedang meneliti biskut yang hendak dibelinya (Kami di Pasar Jumaat), kemudian papa pun menegurnya Malaysia ke? Apa lagi keluar loghat Kedah yang 'pekat'. Disitulah detik kami berkenalan dengan En Zaini yang kemudiannya menunjukkan kepada kami kedai2 yang memang hampir dengan kediaman kami. Pada petang itu juga kami berbuka puasa dengan di rumahnya -nasi ayam yang dimasak oleh isterinya Pn Rosmaini. Alhamdulillah kami tidak 'keseorangan' rupanya di negara orang. Buat En Zaini dan Pn Ros-terima kasih dan tidak lupa juga kepada rakan2 yang masih menetap di Belgium tak kiralah menuntut ilmu atau mencari rezeki kami ucapkan berbanyak2 terima kasih dan semoga Tuhan jua yang dapat membalas jasa2 kalian.

No comments:

Post a Comment