Pada tahun lepas, kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Belgium, khususnya di Ghent. Dengan hanya berbekalkan senarai yang diberi oleh Dr Zamzuri (pakar bedah otak HUSM) yang pernah berkelana di Ghent pada 2007/2008 dapatlah kami mengetahui sedikit sebanyak tentang kedai2 daging halal, kedai runcit turki yang terdapat di sekitarnya. Tak pernah terlintas lansung pada fikiran kami untuk mencari rakyat2 malaysia yang mungkin ada menetap di Ghent atau Belgium. Ini kerana kami tiada pengalaman langsung tentang kehidupan di perantauan...kawan2 senegara yang akan menemani kita di saat susah senang di negara orang. Lebih kurang seminggu selepas kami tiba, Dr Pazudin (pakar sakit puan HUSM) pula tiba.....dapatlah kami melalui bulan puasa bersama2 dengan serba kekurangan. Pada minggu ke 3, ditakdirkan kami bertemu dengan rakyat malaysia, walaupun pada mulanya kami berasa curiga untuk menegurnya(takut org Indon/Brunei/Thailand/atau yang serumpun dgn malaysia -muka seakan2 sama) tapi kami gagahi jua dengan alasan tak salah rasanya menegur kalau2 dia org senegara alangkah beruntungnya kami. Mulanya kami hanya memerhati gelagat lelaki ini yang sedang meneliti biskut yang hendak dibelinya (Kami di Pasar Jumaat), kemudian papa pun menegurnya Malaysia ke? Apa lagi keluar loghat Kedah yang 'pekat'. Disitulah detik kami berkenalan dengan En Zaini yang kemudiannya menunjukkan kepada kami kedai2 yang memang hampir dengan kediaman kami. Pada petang itu juga kami berbuka puasa dengan di rumahnya -nasi ayam yang dimasak oleh isterinya Pn Rosmaini. Alhamdulillah kami tidak 'keseorangan' rupanya di negara orang. Buat En Zaini dan Pn Ros-terima kasih dan tidak lupa juga kepada rakan2 yang masih menetap di Belgium tak kiralah menuntut ilmu atau mencari rezeki kami ucapkan berbanyak2 terima kasih dan semoga Tuhan jua yang dapat membalas jasa2 kalian.
Alhamdulillah mama sudah pun sampai ke minggu ke 21. Berat badan pun dah naik 1 kg walaupun selera makan masih kurang. Paling utama baby bergerak aktif sekali dan ujian darah yang dibuat seminggu sebelum tarih temujanji semuanya normal : MOGTT, RFT ( Renal Function Test) dan FBC (Full Blood Count). Paras hemoglobin rendah sikit dan Dr nasihatkan supaya lebihkan makan makanan yang mengandungi zat besi dan mengambil vitamin Iberet Folic. Apa-apapun harap mama sihat dan kuat untuk menghadapi Ramadhan nanti.
Selesai majlis di rumah abang Z, kami bergegas pulang,untuk sessi mewarna kanak-kanak warga taman perumahan Binaraya, Pasir Tumboh. Kakak dan Hilman memang dah tak sabar nak mewarna sebab dah seminggu awal dibagitau tentang hal ini. Lebih kurang jam 5 30 petang bila semua kanak2 berkumpul, sessi mewarna pun bermula.Punyalah laju Hilimiyyah mewarna, sekejap aje dah siap....lain pula halnya dengan Hilman,dio asyik dok tengok orang,last sekali orang lain dah siap, dia dok cakap 'tired' lah mama. Last2 mamanya jugalah yang terpaksa habiskan mewarna lukisan bendera Malaysia tu. Pada sebelah malamnya, diadakan pula sessi jamuan nasi gorang cina + ayam bakar + ayam goreng. Memang kenyang dan yang penting dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga. Hadiah- hadiah mewarna juga diumumkan pada malam itu tapi semua kanak2 dapat hadiah dan gula2....acara yang menyeronokkan bagi anak2.
Hari jumaat jam 12 tengah hari kami bertolak ke rumah abang yang terletak di Kg Tambak untuk menghadiri majlis solat hajat. Mereka mengadakan majlis ini sempena keberangkatan mereka (abang+kakak ipar+bonda) ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada 22 ogos nanti. Mereka akan berada disana selama 11 hari. InsyaALLAH dengan izinNYA semuanya selamat. Setelah selasai solat jumaat para jemaah lelaki pun hadir untuk malaksanakan solat hajat pula. Kemudian kami semua dijamu dengan nasi dan pelbagai lauk pauk seperti gulai ikan haruan, gulai ayam, ayam masak kicap, singgang daging, ayam percik, ikan kering, tembikai,akok dan puding gula hangus.
Selamat ulangtahun yang ke-6 buat puteri sulungku, Hilmiyyah pada 23 julai lepas. Semaga kakak akan menjadi anak yang dapat berbakti kepada papa dan mama dan seluruh keluarga kita. Sesungguhnya kami semua sayangkan kakak dan ketahuilah bahawa kakak adalah penyeri rumahtangga papa dan mama setelah 6 tahun menanti.
Hari pagi selasa merupakan hari temujanji mama di O & G, HUSM Kubang Kerian. Ini adalah lawatan mama kali yang ke 3 bermula dari bulan mei yang lepas. Alhamdulillah, mama masih mendapat khidmat dari doktor yang sama iaitu Prof. Nik Hazlina. Pada pertemuan kali ini, timbangan mama masih lagi statik...hai nak buat camne ni. Walaupun selera mama dah semakin baik dari sebelum ini (nak kata 'morning sickness' teruk tidaklah juga). Berdasarkan keputusan ujian darah yang diambil pada pertemuan pertama, semuanya ok. Prof Nik mengarahkan mama melakukan MOGTT sebelum temujanji yang berikutnya, itupun jika keadaan ok (tak rasa nak muntah) dan mengambil ujian darah yang lain sekali lagi terutamanya untuk uric acid. Sejarah menunjukkan paras acid uric mama tinggi semasa melahirkan Hilmiyyah dulu. Kali ini kandungan mama juga di'scan' untuk kali yang kedua. Pada pertama kali 'scan' dulu hanya nampak 'cyst' saja. Pada kali ini, jantung baby dah berdegup walaupun tiada 'quickening' lagi. Temujanji mama yang seterusnya pada ogos nanti.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG KE 39 BUAT SUAMIKU. Walaupun tiada sambutan yang besar-besaran, cukuplah untuk dikenang dan tatapan kita sekeluarga. Kek yang dipilih oleh Hilmiyyah dan Hilman kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari jadi mereka. Semoga papa akan berjaya dunia dan akhirat dan kami semua sayangkan papa selamanya dan sentiasa bersama di kala susah dan senang.
Acara sukan tahunan Smart Reader Kids kali ini diadakan di Kompleks Sukan USM, Kubang Kerian. Dekatlah sikit dengan rumah kami tidak seperti tahun-tahun yang lepas dimana sukan tahunan diadakan di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu. Pelbagai acara untuk smart 3, 4, 5 dan 6.
Sejak balik dari Ghent, kami dah lama teringin nak ke pantai...jumaat lepas barulah ada kesempatan,itupun setelah tengok keadaan jaddati bertambah baik. Kami bertolak lepas asar, lebih kurang jam 5 30 ptg. Memang penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai di hari minggu ni....nak cari parking kereta pun susah. Kakak dan Hilman dah tak sabar nak mandi walaupun kakak masih lagi batuk2. Dibawanya baldi kecil-nak isi 'hermit crab' kata kakak dan Hilman. Kami juga membeli sate ikan atau lokcing dan ais-krim roti, makanan yang tak pernah 'miss' kalau berkunjung ke pantai ini.
Sebelum kami berangkat ke Belgium tahun lepas, kami sudah 'booking' tempat untuk kakak dan Hilman di Smart Reader Kids Kota Bharu bagi tahun 2009. Disebabkan ada tanggungjawab lain-menjaga nenek mereka yang kurang sihat,maka kami telah meminta jasa baik pengetua, Mrs Helena untuk 'arrange' tempat untuk kakak dan Hilman di Kubang Kerian. Alhamdulillah, semuanya beres dan mereka berdua dapat bersekolah kembali walaupun ketinggalan-yelah sistem pembelajaran di tempat kita berbeza dengan cara mereka di negara luar (banyak bermain).
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
After 2 years ..
-
In the midst of the night, suddenly I have such a strange feeling to log
in back to this blog after ignoring it for almost 2 years. I have been busy
with ...
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.0
-
Jade yang ditugaskan dalam misi pengeboman di Sydney Harbour, Australia
dipanggil balik secara tiba-tiba pada saat kes itu menjadi tumpuan dunia.
Namun ia...
-
As-Salam semua. Maaf kerana dah lama 'hilang' dalam dunia blogging. Rasanya
sejak FB dah menjadi perhatian umum dewasa ni, blog-blog dah mula mengambil
bac...
Idaho Potato Production
-
A 37-pound Kamloops trout has been nicknamed Gem State. From the idaho
potato production until the idaho potato production in the idaho potato
production...
My last post
-
I’ve tried but to no avail….
I thought that I could find my blogging mojo back by hibernating for a few
months and a few weeks….
I’ve searched high and ...
JAMUAN UNTUK KELUARGA DAN SAHABAT TERSAYANG
-
Pada sesiapa yang ingin mengadakan jamuan untuk keluarga dan sahabat yang
tersayang sila hubungi pn Ema 0193974978. Saya sedia kerumah anda dengan
hidanga...
my update on nazriazreen
-
Assalamualaikum and good day ladies and gentlemen,
i have changed my website domain name, no longer with www.sarahazreen.com -
the reason is i cannot affor...
Afif masuk wad
-
It has been ages since I last updated my blog. Suddenly felt the urge of
popping into my blog today and how I realised that I should continue
writing, well...
Reflections
-
*Reflect on the process and learning points from the PT*
What have you learnt about your eating habits?
That they are not as healthy as I would think? There...
Manchester-Cambridge-London-Bristol-Bath-Cardiff
-
We had a good holiday last December. We travelled to London on the XMas day
and stopped for a while in Cambridge for some picture shootings. We stayed
in L...
Thomas Land
-
Thomas Land is actually a park inside another theme park- Drayton Manor
park. It is located in Tamworth, Staffordshire, about 1 1/2 hour journey
from our...