Friday, August 28, 2009

KENANGAN RAMADHAN 1429H

Pada tahun lepas, kami sekeluarga menyambut Ramadhan di bumi Belgium, khususnya di Ghent. Dengan hanya berbekalkan senarai yang diberi oleh Dr Zamzuri (pakar bedah otak HUSM) yang pernah berkelana di Ghent pada 2007/2008 dapatlah kami mengetahui sedikit sebanyak tentang kedai2 daging halal, kedai runcit turki yang terdapat di sekitarnya. Tak pernah terlintas lansung pada fikiran kami untuk mencari rakyat2 malaysia yang mungkin ada menetap di Ghent atau Belgium. Ini kerana kami tiada pengalaman langsung tentang kehidupan di perantauan...kawan2 senegara yang akan menemani kita di saat susah senang di negara orang. Lebih kurang seminggu selepas kami tiba, Dr Pazudin (pakar sakit puan HUSM) pula tiba.....dapatlah kami melalui bulan puasa bersama2 dengan serba kekurangan. Pada minggu ke 3, ditakdirkan kami bertemu dengan rakyat malaysia, walaupun pada mulanya kami berasa curiga untuk menegurnya(takut org Indon/Brunei/Thailand/atau yang serumpun dgn malaysia -muka seakan2 sama) tapi kami gagahi jua dengan alasan tak salah rasanya menegur kalau2 dia org senegara alangkah beruntungnya kami. Mulanya kami hanya memerhati gelagat lelaki ini yang sedang meneliti biskut yang hendak dibelinya (Kami di Pasar Jumaat), kemudian papa pun menegurnya Malaysia ke? Apa lagi keluar loghat Kedah yang 'pekat'. Disitulah detik kami berkenalan dengan En Zaini yang kemudiannya menunjukkan kepada kami kedai2 yang memang hampir dengan kediaman kami. Pada petang itu juga kami berbuka puasa dengan di rumahnya -nasi ayam yang dimasak oleh isterinya Pn Rosmaini. Alhamdulillah kami tidak 'keseorangan' rupanya di negara orang. Buat En Zaini dan Pn Ros-terima kasih dan tidak lupa juga kepada rakan2 yang masih menetap di Belgium tak kiralah menuntut ilmu atau mencari rezeki kami ucapkan berbanyak2 terima kasih dan semoga Tuhan jua yang dapat membalas jasa2 kalian.

Tuesday, August 18, 2009

MINGGU KE 21

Alhamdulillah mama sudah pun sampai ke minggu ke 21. Berat badan pun dah naik 1 kg walaupun selera makan masih kurang. Paling utama baby bergerak aktif sekali dan ujian darah yang dibuat seminggu sebelum tarih temujanji semuanya normal : MOGTT, RFT ( Renal Function Test) dan FBC (Full Blood Count). Paras hemoglobin rendah sikit dan Dr nasihatkan supaya lebihkan makan makanan yang mengandungi zat besi dan mengambil vitamin Iberet Folic. Apa-apapun harap mama sihat dan kuat untuk menghadapi Ramadhan nanti.

Sunday, August 16, 2009

BBQ TAMAN BINARAYA 14 OGOS 2009





Selesai majlis di rumah abang Z, kami bergegas pulang,untuk sessi mewarna kanak-kanak warga taman perumahan Binaraya, Pasir Tumboh. Kakak dan Hilman memang dah tak sabar nak mewarna sebab dah seminggu awal dibagitau tentang hal ini. Lebih kurang jam 5 30 petang bila semua kanak2 berkumpul, sessi mewarna pun bermula.Punyalah laju Hilimiyyah mewarna, sekejap aje dah siap....lain pula halnya dengan Hilman,dio asyik dok tengok orang,last sekali orang lain dah siap, dia dok cakap 'tired' lah mama. Last2 mamanya jugalah yang terpaksa habiskan mewarna lukisan bendera Malaysia tu. Pada sebelah malamnya, diadakan pula sessi jamuan nasi gorang cina + ayam bakar + ayam goreng. Memang kenyang dan yang penting dapat merapatkan silaturrahim antara jiran tetangga. Hadiah- hadiah mewarna juga diumumkan pada malam itu tapi semua kanak2 dapat hadiah dan gula2....acara yang menyeronokkan bagi anak2.

Saturday, August 15, 2009

SOLAT HAJAT 14 OGOS 2009





Hari jumaat jam 12 tengah hari kami bertolak ke rumah abang yang terletak di Kg Tambak untuk menghadiri majlis solat hajat. Mereka mengadakan majlis ini sempena keberangkatan mereka (abang+kakak ipar+bonda) ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada 22 ogos nanti. Mereka akan berada disana selama 11 hari. InsyaALLAH dengan izinNYA semuanya selamat. Setelah selasai solat jumaat para jemaah lelaki pun hadir untuk malaksanakan solat hajat pula. Kemudian kami semua dijamu dengan nasi dan pelbagai lauk pauk seperti gulai ikan haruan, gulai ayam, ayam masak kicap, singgang daging, ayam percik, ikan kering, tembikai,akok dan puding gula hangus.