
Mama dan Papa mengatur pertemuan untuk kali yang pertama di sebuah restoran di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Sebelum ini kami hanya berutus surat dan bertanya khabar melalui telefon sahaja. Mama ditemani oleh 2 orang 'bodyguard'.......Ayah Mat dan Ayah Ni manakala Papa bersama sepupu, Abg Lukman. Itulah detik 30 mac 1996 yang tak akan terpadam di hati. Namun nak dikatakan bertentang mata, kami langsung tidak; malu-malulah katakan! (sebenarnya takut pada 'bodyguard'). Gambar tu takde kaitan dengan cerita.