Friday, June 26, 2009

ANNUAL SPORTS DAY


Acara sukan tahunan Smart Reader Kids kali ini diadakan di Kompleks Sukan USM, Kubang Kerian. Dekatlah sikit dengan rumah kami tidak seperti tahun-tahun yang lepas dimana sukan tahunan diadakan di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab Kota Bharu. Pelbagai acara untuk smart 3, 4, 5 dan 6.

Monday, June 22, 2009

PANTAI IRAMA, BACHOK 19 JUN

Sejak balik dari Ghent, kami dah lama teringin nak ke pantai...jumaat lepas barulah ada kesempatan,itupun setelah tengok keadaan jaddati bertambah baik. Kami bertolak lepas asar, lebih kurang jam 5 30 ptg. Memang penuh sesak dengan kenderaan dan orang ramai di hari minggu ni....nak cari parking kereta pun susah. Kakak dan Hilman dah tak sabar nak mandi walaupun kakak masih lagi batuk2. Dibawanya baldi kecil-nak isi 'hermit crab' kata kakak dan Hilman. Kami juga membeli sate ikan atau lokcing dan ais-krim roti, makanan yang tak pernah 'miss' kalau berkunjung ke pantai ini.