Thursday, May 21, 2009

SMART READER KIDS

Sebelum kami berangkat ke Belgium tahun lepas, kami sudah 'booking' tempat untuk kakak dan Hilman di Smart Reader Kids Kota Bharu bagi tahun 2009. Disebabkan ada tanggungjawab lain-menjaga nenek mereka yang kurang sihat,maka kami telah meminta jasa baik pengetua, Mrs Helena untuk 'arrange' tempat untuk kakak dan Hilman di Kubang Kerian. Alhamdulillah, semuanya beres dan mereka berdua dapat bersekolah kembali walaupun ketinggalan-yelah sistem pembelajaran di tempat kita berbeza dengan cara mereka di negara luar (banyak bermain).

Thursday, May 7, 2009

AS-SYABAB 6 MEI

Semalam kakak dan Hilman merengek nak pergi sekolah...oleh kerana masih lagi 'jetlag' tidur pun tengah malam-bangun lewat kemudian tidur lagi, maka dihantarlah mereka ke kelas agama berdekatan dengan rumah kami di Pasir Tumboh. Kelas ini bermula dari jam 5 hingga 7 petang. Hilman bersiap dengan baju melayu dan berkopiah manakala kakak dengan baju uniform warna ungu. Bila ditanya apa yang Hilman belajar disana....tidur dalam kelas rupanya.